This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk risau kondo Sri Angsana Hilir terbengkalai

Kosmo 10/5/2006

KUALA LUMPUR: Empat buah lot kondominium sudah siap namun yang satu lagi terbengkalai tanpa diketahui sebabnya.

Itulah yang terjadi di sebalik kemegahan Kondominium Sri Angsana Hilir, Desa Pandan.

Tinjauan KOSMO!semalam mendapati kondominium eksklusif yang 70 peratus siap itu didakwa telah dibina sekitar tahun 1992.

Lot yang terbengkalai ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda negara sekitar tahun 1997.

Seorang pengawal keselamatan yang tidak mahu dikenali memberitahu, tahap keselamatan bangunan itu begitu membimbangkan.

"Sebelum tahun 2000, ia menjadi sarang penagih melepaskan gian," katanya yang sudah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

KOSMO!juga mendapati kondominium itu dengan mudah dicerobohi lantaran tidak dipagari.

Selain itu, penduduk berhampiran juga khuatir tempat itu menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Selain itu, sejak kebelakangan ini ramai warga asing yang tidak diketahui status mereka telah menjadikan kondominium itu sebagai penempatan haram sementara mereka.

"Saya selalu buat rondaan di kawasan itu dan dapati banyak pakaian disidai di dalam kondominium," kata rakan pengawal itu.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu KOSMO!bahawa sehingga kini tiada usaha kerja-kerja untuk menyiapkan kondominium itu disambung dan pemandangan kondominium itu.

Apa yang dapat dilihat ia terus ditutupi belukar yang semakin tumbuh menjalar.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.