This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rumah mungkin ditawar tempoh waranti lebih panjang

Utusan Malaysia 8/5/2006

SHAH ALAM 7 Mei - Pemaju perumahan mungkin menawarkan kepada pembeli tempoh waranti lebih panjang daripada 18 bulan sekarang bagi meyakinkan mereka tentang kualiti rumah yang dibina.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, langkah itu wajar kerana beliau percaya kecacatan rumah baru siap dibina selalunya mengambil masa sehingga 36 bulan untuk menjadi ketara.

"Jika pemaju membina rumah yang berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan yang berkualiti, saya yakin rumah boleh tahan lebih lama,'' katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif Waranti Rumah 18+18 SP Setia Bhd. di sini hari ini.

Ong berkata langkah SP Setia menawarkan Waranti Rumah 18+18 bagi hartanah yang dimajukannya dan dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini, wajar diberi perhatian.

Katanya, memandangkan cabaran yang dihadapi industri pembinaan rumah semakin meningkat, pemaju perlu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi bagi memastikan mereka terus dapat beroperasi.

Beliau berkata, kementerian itu akan mengkaji contoh baik yang ditunjukkan oleh syarikat yang bergiat dalam bidang berkenaan untuk diteladani pihak lain.

Ong juga menyarankan syarikat bergiat dalam industri berbeza supaya mengamalkan pendekatan bersepadu bagi menghasilkan idea inovatif yang boleh memberi nilai tambah terhadap produk keluaran masing-masing, di samping mengelak timbulnya pelbagai masalah seperti kelewatan menyiapkan projek, penghasilan kerja kurang bermutu dan kekangan kewangan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.