This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli sentiasa rugi
Kosmo 7/5/2006

"PIHAK pemaju akan sentiasa menyalahkan pembeli kerana tidak membayar bil penyelenggaraan. Pembeli pula tidak mahu membayar bil kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Ini bagai cerita ayam dan telur."

Demikian reaksi Setiausaha Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong, mengenai isu caj penyelenggaraan yang tidak setimpal dengan perkhidmatan.

Beliau berkata, dalam menangani masalah tersebut kerajaan telah meminda Akta Pemajuan Perumahan dengan mewujudkan Jadual H (bagi bangunan pecah bahagi) berkuat kuasa 1 Disember 2002.

"Ia mewajibkan pemaju menyatakan senarai kemudahan yang ditawarkan di dalam Perjanjian Jual Beli Rumah.

"Tapi pindaan ini hanya menyelesaikan masalah pembeli rumah yang timbul selepas tarikh kuat kuasa, bukannya sebelum," jelasnya.

Justeru, beliau berpendapat perlu diadakan satu undang-undang yang mampu menyelesaikan masalah di antara pembeli dan pemaju yang berlaku dalam tempoh tersebut.

"HBA telah mencadangkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mengumumkan bahawa ia kini dalam semakan Peguam Negara.

"Akta Bangunan dan Hakmilik (Bil Pengurusan dan Penyelenggaraan) ini mungkin akan dapat membantu menyelesaikan masalah bil penyelenggaraan ini," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.