This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kondominium dalam pembinaan terbakar

Utusan Malaysia 23/5/2006

KUALA LUMPUR 22 Mei - Sebuah kondominium mewah yang dalam pembinaan di Jalan Stonor dekat sini terbakar malam ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengimpalan logam.

Penolong Penguasa Bomba, Yamin Tekor berkata, kebakaran berlaku di Tingkat 44 Kondo Binjai itu kira-kira 7.12 malam.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada 9.05 malam oleh 42 anggota bomba daripada balai Hang Tuah, Pudu dan Chow Kit.

Kerugian daripada kebakaran itu masih belum dikenal pasti, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Yamin berkata, pihak bomba menghadapi kesukaran memadam api ekoran angin yang bertiup kencang.

Beliau berkata, bomba juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber air di kondo yang sedang dibina itu, tetapi akhirnya berjaya mendapatkan bekalan air daripada bangunan berhampiran.

"Pihak bomba telah menyambung sebanyak 20 gulung hos untuk dinaikkan ke tingkat 45 itu," katanya.

Sementara itu, KLCC Holdings Sdn. Bhd, pemilik projek itu berkata, kebakaran itu masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata projek Binjai itu dijalankan oleh syarikat kerjasama IJM-Peremba dan melibatkan dua blok kondominium dengan Tower B mempunyai 44 tingkat manakala Tower A 45 tingkat.

Katanya, kebakaran itu berlaku di Tower B dan menambah projek itu dijangka siap pada akhir tahun ini. –Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.