This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kementerian tidak tegas atasi masalah projek rumah terbengkalai

03/05/2006 Utusan Malaysia

SEBAGAI pembeli rumah, saya ingin kemukakan beberapa persoalan berkaitan projek perumahan terbengkalai.

Apakah tujuan diadakan perjanjian jual beli rumah di antara pihak pembeli dengan pihak pemaju?

Sekiranya pemaju tidak dapat mematuhi apa yang termaktub di dalam surat perjanjian kenapa harus dibebankan kepada pembeli dengan dikehendaki membayar kadar faedah pada hal projek terbengkalai?

Bagaimana pula dengan sebahagian pinjaman yang telah dikeluarkan, apakah ia akan hangus begitu sahaja sedang masalah yang wujud bukan disebabkan kesalahan pembeli?
Malah pembeli pula menanggung beban hutang dengan pihak bank.

Bagaimana pula dengan kelewatan penyerahan kunci seperti yang tertera di dalam perjanjian jual beli, di mana pemaju perlu membayar 10 peratus sekiranya kelewatan berlaku?

Jika tidak dipenuhi pihak pemaju, kenapa tiada tindakan oleh pihak yang berwajib?

Apa salahnya digunakan kaedah menggantikan dengan projek perumahan yang lain dengan memberi potongan harga sebagai pampasan mengikut kelewatan.

Ini boleh dilakukan bagi syarikat pemaju yang mempunyai anak syarikat.

Sebagai contoh syarikat LG mempunyai dua anak syarikat iaitu LB dan SB di mana kedua-duanya membuat projek perumahan.

Syarikat LB menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan projek dan mungkin ditutup, tidakkah boleh syarikat SB membantu dengan menyerap sebahagian kos dengan cara membuat pindah milik rumah daripada projek LB kepada projek SB?

Kenapa pihak Kementerian Perumahan tidak tegas dalam mengatasi masalah ini sehingga ia berlarutan sekian lama?

Apakah peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

Jika ada kelemahan undang-undang, buatlah pindaan untuk membela nasib pembeli. Janganlah undang-undang lebih menguntungkan pemaju.

Sebelum sesuatu projek perumahan diluluskan, kementerian atau pihak yang terbabit perlu memastikan setiap pemaju memenuhi prasyarat asas seperti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, kawasan projek bakal dilaksanakan perlu sesuai dan jaminan latar belakang syarikat pemaju.

Masalah mungkin tidak akan berlaku jika kementerian bertindak tegas dalam melaksanakan tugas.

Sebagai contoh, jika seseorang ditangkap mencuri, maka pencuri itu akan dihukum penjara jika disabitkan kesalahan.

Kenapa perkara yang sama tidak dapat dilaksanakan dalam kes rumah terbengkalai?

Apakah peranan peguam dalam hal ini, apakah mereka hanya mendapat keuntungan daripada perjanjian jual beli?

INGIN KEPASTIAN
Kuala Lumpur.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.