This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Flat Taman Keramat Permai didakawa terbiar
Utusan Malaysia 16/5/2006

KUALA LUMPUR 15 Mei - Penduduk Flat Taman Keramat Permai kecewa terhadap sikap pemaju yang didakwa sambil lewa dan lepas tangan dalam menyelenggara dan membaikpulih bangunan tersebut.

Menurut wakil penduduk flat berkenaan, Jalaludin abd. Khalid, sudah 16 tahun pemaju tidak membuat sebarang kerja pembaikan terhadap rumah mereka dan sekarang ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.

"Penduduk taman ini terpaksa menanggung azab terutamanya pengbuni di bahagian atas flat kerana atap bocor dan retak di setiap penjuru bangunan, malah salur air dari atap rumab juga sudah tercabut.

"Semenjak tinggal di flat ini, lampu jalan dan lampu tangga tidak pernah berfungsi memaksa penduduk bergelap setiap malam ketika berada di kawasan rumah mereka," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, keadaan flat itu kelihatan usang kerana pemaju tidak pernah mengecat semula bangunan berkenaan yang mempunyai 12 blok.

Tambah mendukacitakan, mereka masi membayar bayaran penyelenggaraan kepada pibak pemaju tetapi kerja pembaikan tidak dibuat walaupun aduan dikemukakan.

Jalaludin yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Flat Taman Keramat Permai mendakwa, tambah menyakitkan menguruskan pinjaman pembelian unit flat itu bertindak memeras ugut pelanggan.

"Antaranya pihak bank memberi tekanan kepada peminjam dengan cara mengugut untuk melelong rumah mereka sekitanya lewat membayar," katanya.

Menurut Jalaludin, pihak bank dengan sesuka hati menaikkan kadar bayaran flat berkenaan sebanyak tiga kali ganda dan jelas melanggar surat perjanjian jual beli rumah terbabit.

Dalam pada itu, Jalaludin memberitahu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna bagi menyedia prasarana flat berkenaan.

"Kami juga keliru sama ada pihak pemaju ada membayar cukai tanah kami di Pejabat Tanah Daerah Gombak kerana setiap pembayaran cukai tanah terus dibuat kepada pihak pemaju," katanya.

Justeru penduduk Flat Taman Keramat Permai merayu pihak bertanggungjawab ke atas flat itu agar hadir ke sesi dialog yang akan diadakan pada 26 Mei ini.

Beliau berkata, pihak terlibat itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Juru Bena Tenagli Sdn. Bhd. (JBT), Citibank, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah Daerah Gombak.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.