This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Vista Lavender retak sana-sini

Kosmo 3/4/2006

PUCHONG- Persatuan Penduduk Pangsapuri Vista Lavender yang mewakili pemilik kira-kira 1,790 unit rumah menggesa kerajaan menyiasat tahap keselamatan lapan blok pangsapuri berkenaan.

Pengerusinya, Nor Azura Abdullah mendakwa, hanya satu daripada lapan blok pangsapuri menerima sijil layak menduduki (CF) manakala selebihnya masih diklasiflkasikan sebagai CF sementara.

"Kami sudah tinggal di sini sejak hampir tiga tahun lalu tanpa mengetahui tahap keselamatan kami.

"Banyak bahagian bangunan yang retak, bocor dan dibina tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhhar selepas satu mesyuarat khas diadakan antara persatuan penduduk berkenaan dengan Ahli Parlimen Puchong, Lau Yeng Peng semalam.

Nor Azura kecewa dengan kemudahan yang disediakan oleh pemaju dan ia tidak langsung menepati gambaran awal ketika promosi jualan Vista Lavender dibuat.

Tinjauan KOSMO!di sekitar pangsapuri itu mendapati, banyak jalur rekahan selebar lima milimeter kelihatan hampir di setiap sudut bangunan.

Malah kedudukan tempat letak kereta di aras bawah tanah turut tidak dilengkapi penanda arah sekali gus boleh mengundang padah.

Penduduk juga mendakwa sudah banyak kali mengadukan perkara sama sejak dua tahun lalu namun tiada tindakan yang diambil.

"Itu masalah keselamatan, belum lagi masalah penyelenggaraan. Setiap rumah dikenakan yuran RM74 sebulan.

"Peruntukan penyenggaraan jika dibayar oleh semua rumah akan berjumlah RM132,460 setiap bulan, tetapi kami tidak tahu bagaimana wang itu digunakan," dakwa Nor Azura.

Dia turut meminta pihak berkuasa tempatan atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat satu siasatan terperinci bagaimana duit penyenggaraan itu ditadbir.

Penduduk masih belum menerima penyata akaun yang telah diaudit sejak tahun 2001, katanya.

Yeng Peng berjanji akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk tindakan segera.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.