This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tiada kemudahan asas punca rumah terbiar

Harian Metro 6/4/2006

Kawasan perumanan dibina pemaju terbengkalai atau di tinggal separuh jalan, Lain pula yang berlaku di kawasan perumahan Taman Bandar Baru Sri Aman, Pulau Chondong, Kelantan kerana pemaju tidak disediakan kemudahan asas iaitu jalan raya untuk keluar masuk dari jalan besar ke taman perumahan.

Kawasan ini terletak di bawah daerah Machang dan sudah lama dimaju Mengikut perancangan pemaju, akan diwujudkan sebuah bandar baru.

Jika dilihat pada risalah promosi jualan, segala kemudahan dan pembangunan yang bakal dibina amat menarik perhatian pembeli, tetapi kenyataannya bukan seperti yang dipaparkan malahan hanya mempunyai laluan sempit sebagai penghubung taman.

Bagaimanapun, usaha pemaju dalam memajukan kawasan ini perlu dihargai dalam mengimbangi pembangunan di tempat lain. Di manakah silapnya projek perumahan ini yang tidak mempunyai kemudahan lengkap?

Saya bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi ketiadaan kemudahan itu menyebabkan pembeli hanya membeli rumah dan membiarkan rumah kosong ditumbuhi semak-samun yang tidak ubah seperti projek terbengkalai, sedangkan ia layak diduduki.

Saya berharap pemaju dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama menyelesaikan masalah ini sekiranya membabitkan pengambilan tanah penduduk untuk tujuan pembinaan jalan berkenaan agar perancangan memajukan kawasan itu benar-benar menjadi kenyataan.

Bagi saya, mungkin orang ramai lebih berminat untuk memiliki rumah di kawasan ini sekiranya jalan dan kemudahan lain diwujudkan.


ZA-MEI Kuala Lumpur

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.