This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Talam lantik IJM kontaktor utama projek terbengkalai
22/04/2006 Berita Harian

TALAM Corporation Bhd (Talam) yang dibebani hutang berjumlah RM1.2 bilion melantik IJM Corporation Bhd (IJM) sebagai kontraktor utama bagi menyiapkan projek perumahannya yang terbengkalai.

Talam ketika ini mempunyai 12,000 unit kediaman terbengkalai di beberapa projek sekitar Lembah Klang.

Pengerusi Eksekutif Talam, Tan Sri Chan Ah Chye, berkata pelantikan IJMitu sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula hutang syarikat itu seperti yang dipersetujui dengan peminjam terbesarnya.

"Talam baru-baru ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan salah satu peminjam utama bagi membolehkan syarikat menyiapkan semua projek perumahannya yang terbengkalai tanpa sebarang gangguan.

"Bank terbabit bersetuju untuk menangguh pungutan hutang sehingga projek siap dan melantik IJM sebagai kontraktor utama yang sudah memberi jaminan menyiapkannya mengikut jadual dan mengikut kualiti dipersetujui.

"IJM juga menanggung semua kos pembinaan," katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Pelantikan IJM itu mungkin menyaksikan cadangan pembelian 25 peratus saham Kumpulan Europlus Bhd (Europlus), syarikat bersekutu Talam, oleh IJM direalisasikan dalam tempoh terdekat, setelah beberapa kali tertangguh.

Talam menguasai 25 peratus kepentingan dalam Europlus. Chan berkata, perjanjian rasmi dengan bank itu dimeterai selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan lagi.

Beliau berkata, kos menyiapkan 12,000 unit terbengkalai itu sekitar RM700 juta hingga RM800 juta.

"Kami menjangka menyiapkan separuh daripada jumlah itu tahun ini," katanya.

Beliau juga berkata, Talam berbincang dengan peminjam lain bagi mencari penyelesaian terbaik melunaskan hutangnya.

"Kami menyiapkan semua projek terbengkalai. Ia tanggungjawab sosial, moral dan korporat Talam," katanya

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.