This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Selamat projek rumah

Harian Metro 24/4/2006

CYBERJAYA: Seramai 404 pembeli rumah di Bandar Pinggiran Cyber di sini, memohon kerjasama kerajaan Persekutuan dan Selangor campur tangan bagi mendesak sebuah pemaju terkenal meneruskan projek terbengkalai sejak dua tahun lalu.

Ini kerana pembeli tidak lagi sanggup menanggung beban membayar pinjaman antara RM300 hingga RM800 sebulan, selain terpaksa memikirkan bayaran sewa rumah, pinjaman kenderaan, selain persekolahan anak-anak.

Difahamkan, hampir 80 peratus pembeli adalah kaum Bumiputera dan kebanyakannya adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Fasa 3D1 Bandar Pinggiran Cyber, Syed Kamaruddin Syed Shamsuddin, berkata pembeli berharap kerajaan Pusat dapat mengambil alih projek itu menerusi Syarikat Perumahan Negara atau kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Kami berpendapat tindakan tidak bertanggungjawab pemaju itu secara tidak langsung mencemar nama baik Cyberjaya yang diilhamkan kerajaan Pusat, seiring dengan Putrajaya.

“Ia juga mencemar imej Selangor Maju 2005 yang diuar-uarkan negeri maju. Kami sudah merana sejak dua tahun lalu, melakukan pelbagai usaha mendesak pemaju tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil.

“Harapan kami terletak kepada kerajaan Pusat dan negeri supaya dapat campur tangan dan tidak membiarkan pemaju tidak bertanggungjawab itu menjadikan pembeli sebagai mangsa,” katanya selepas melawat tapak projek terbengkalai di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro di tapak projek itu semalam mendapati hanya separuh daripada 404 unit fasa itu mempunyai kerangka rumah dan hampir 45 peratus siap, manakala separuh lagi baru dibina lantai.

Terletak berhampiran Universiti Multimedia Malaysia, projek itu dimulakan pada September 2004 dan sepatutnya siap pada Mei tahun lalu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.