This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah baru dibeli retak, bocor

Berita Harian 06/04/2006

SAYA adalah di antara pemilik rumah teres baru dua tingkat di kawasan perumahan Seksyen 3, Bangi. Rumah itu terletak tidak jauh dari tempat kerja saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Harganya agak mahal bagi rumah teres berkeluasan 20 X 65 dan pada mulanya saya sangka ia satu pelaburan hartanah yang menguntungkan tetapi jangkaan saya meleset.

Selepas berpindah ke rumah baru ini tidak sampai sebulan, rumah itu mulai mengalami kerosakan seperti dinding retak dan siling bocor.

Keadaan semakin buruk apabila hujan yang menyebabkab lantai ‘parquet’ turut rosak. Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap endah tak endah dan janji palsu pemaju.

Mereka seperti lepas tangan selepas mendapat keuntungan besar tanpa mempedulikan khidmat selepas jualan untuk pelanggan mereka.

Saya kesal kerana pemaju berkenaan gagal memperbaiki kerosakan rumah walaupun ia masih dalam ‘tempoh liabiliti kerosakan’.

Walaupun aduan diajukan kepada pemaju melalui telefon dan perjumpaan sejak tiga minggu lalu, sehingga kini masih tiada tindakan. Pejabat sementara yang dibina di kawasan perumahan itu untuk membantu pelanggan juga tidak pernah dibuka.

Saya kemudian menghubungi jurutera projek untuk memaklumkan kerosakan itu, namun belum ada tindakan diambil. Saya kemudian mengunjungi pejabat pemaju itu di Kuala Lumpur untuk membuat aduan.

Sekali lagi saya tertipu dengan janji manis mereka untuk mengambil tindakan dalam masa empat hari.

Apa yang pasti, bukan saya seorang mengalami pengalaman buruk ini, malah ramai lagi pemilik rumah Seksyen 3, Bangi yang terpaksa menanggung kos membaiki rumah sendiri akibat kerenah birokrasi dan kualiti rumah yang rendah.

Cukuplah kita dibebani harga rumah yang mahal, kadar faedah yang tinggi dan bayaran progresif bank yang ditanggung selama ini untuk rumah yang kurang memuaskan.

PEMBELI KECEWA,
Seksyen 3, Bangi.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.