This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai dipulih dalam RMK-9

Harian Metro 22/4/2006

PROJEK terbengkalai dalam Rancangan Maraysia Kelapan (RMK-8) tidak akan dibiarkan lapuk, sebaliknya akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek pembangunan di negara ini adalah secara berterusan sekalipun melampaui jangka masa pelaksanaannya.

"Kerajaan sentiasa memantau projek pembangunan yang dilaksanakan termasuk jumlah projek yang gagal disiapkan bagi memudahkan kerajaan menentukan peruntukan diperlukan bagi menerus projek yang belum selesai itu.

"Peruntukan tambahan itu perlu diambil kira bagi membolehkan projek itu diselesaikan. Itu kaedah kita melaksanakan pembangunan di negara ini, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hashim Jahaya (BN-Kuala Kedah) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Hashim bertanya sama ada kerajaan akan meneruskan projek terbengkalai dalam RMK-8 diteruskan pada RMK-9.

Abdullah berkata, kesinambungan projek terbengkalai itu adalah proses pembangunan yang berjalan dalam Rancangan Malaysia dan berterusan pada rancangan seterusnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.