This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek rumah terbengkalai aniaya pembeli
10/04/2006 Utusan Malaysia

PROJEK perumahan terbengkalai merupakan salah satu isu yang hangat dibahaskan dewasa ini. Setelah bertahun lamanya, tiada satu pun langkah yang benar-benar berkesan diambil bagi mengatasi masalah ini.

Usul demi usul diutarakan, namun tiada satu pun yang dapat membela nasib pembeli yang teraniaya.

Pembeli-pembeli yang malang menanggung beban kewangan yang tinggi kerana terpaksa menjelaskan bayaran ansuran pinjaman rumah yang tidak mungkin siap kepada pihak bank.

Di samping itu, bayaran sewa rumah juga perlu dijelaskan pada setiap bulan. Ditambah lagi dengan faktor kenaikan harga minyak dan keperluan asas yang lain.

Mengapa pembeli yang terpaksa menanggung segala kesulitan sedangkan pemaju putar alam hidup senang-lenang dengan hasil penyelewengan mereka?

Peruntukan undang-undang yang ada pada masa kini tidak memihak kepada pembeli rumah yang terbengkalai. Kelemahan yang terdapat dalam sistem perundangan memberi ruang kepada pemaju putar alam untuk terus menganiaya pembeli.

Tindakan undang-undang hanya dikenakan kepada syarikat pemaju yang gagal menyempurnakan projek, bukannya kepada pemilik-pemilik syarikat yang berkenaan.

Setelah beroleh habuan hasil penipuan mereka, pemilik syarikat pemaju perumahan putar alam ini akan menutup syarikat dan membuka syarikat yang baru.

Syarikat yang telah gulung tikar dianggap sama seperti individu yang telah meninggal dunia. Tiada sebarang tindakan undang-undang dapat diambil ke atas syarikat pemaju perumahan yang telah ditutup atau tidak aktif.

Sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan menukar pendekatan yang diambil bagi menangani permasalahan ini.

Seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita perlu berfikir melalui pendekatan di luar kotak. Jika pendekatan yang diambil sekarang ini tidak begitu berkesan, mengapa tidak kita memikirkan dan mengambil pendekatan yang lain?

- HUSSAINI AMRAN,
Rembau, Negeri Sembilan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.