This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPSJ pantau projek perumahan terbengkalai
19/04/2006 UTUSAN MALAYSIA

SUBANG JAYA 18 April - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan sentiasa memantau projek-projek pembinaan yang terbengkalai dalam kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Arif Abd. Rahman berkata enam projek terbengkalai telah dikenal pasti dalam kawasan pentadbirannya.

Bagaimanapun katanya, dua daripada projek tersebut akan disambung semula pembinaannya dalam masa yang terdekat ini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Rhythm Avenue di USJ 19, di sini baru-baru ini.

Mohd. Arif berkata, terdapat dua lagi projek terbengkalai itu yang masih dalam perbincangan bersama pemaju.

"MPSJ akan sentiasa memantau projek-projek yang terbengkalai ini dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

"Kami akan terus membuat perbincangan bersama pemaju bagi projek-projek yang hampir siap tetapi terbengkalai di saat-saat akhir," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.