This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPS sedia bantu orang ramai atasi masalah

Kosmo 19/4/2006

SEREMBAN - "Pegawai-pegawai saya bersedia sepanjang masa untuk membantu orang ramai yang mempunyai sebarang masalah."

Itulah janji Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Abdul Halim Abdul Latif kepada penduduk-penduduk di bandar ini yang mempunyai sebarang keraguan atau aduan untuk disampaikan.

Menurut Abdul Halim, pelbagai saluran telah disediakan kepada masyarakat Seremban, terpulang kepada mereka untuk menggunakan saluran mana yang paling sesuai dan mudah.

"Kita ada menyediakan sistem e-Aduan, program sehari bersama pelanggan, talian hotline dan kaunter aduan yang akan melayan orang ramai setiap hari tanpa jemu.

"Pendekatan yang pelbagai ini memandangkan jumlah penduduk Seremban yang hampir 300,000 orang, secara tidak langsung memudahkan kita membuat pemantauan berbanding rutin harian," katanya ketika dihubungi KOSMO! sempena program Sehari Bersama Pelanggan MPS yang berlangsung kelmarin.

Tambah Abdul Halim, program Sehari Bersama Pelanggan merupakan rutin bulanan yang diadakan sejak tiga tahun yang lalu sebagai satu kaedah dalam mendekatkan masyarakat dengan MPS.

Program Sehari Bersama Pelanggan yang berlangsung selama 3 jam di Bilik Pameran Dewan MPS itu mendapat reaksi positif masyarakat dengan sambutan yang menggalakkan.

Sejumlah 35 aduan dikumpulkan yang berkaitan dengan pelbagai masalah seperti perlesenan, pelan, perancangan bandar dan sebagainya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.