This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Laporan 80 rumah rosak ke JKM

Berita Harian 18/4/2006

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap berhubung kerosakan yang menimpa lebih 80 rumah di Seksyen 5, Taman Bukit Serdang, di sini,akibat ribut kelmarin akan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberapa segera bagi mempercepatkan proses pengeluaran bantuan kecemasan kepada pemilik rumah terhabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong, yang melawat kawasan kejadian semalam, berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan di kawasan perumahan berkenaan bagi memantau masalah penduduk,termasuk membaik-pulih kerosakan kecil rumah masing-masing.

"Jawatankuasa ini akan dibantu oleh Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Petaling," katanya di tempat kejadian. Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Umno Cawangan Taman Bukit Serdang, Sarmin Ali dan wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP), Chang Tai Peng.

Beliau berkata, kebanyakan rumah menghadapi kerosakan atap yang diterbangkan angin ribut yang menyebabkan banyak peralatan rumah rosak terkena hujan.

Liew menjangkakan kerja membaiki kerosakan dapat disiapkan ikut jadual bertkutan jaminan kontraktor yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menghantar kren dan lori bagi mengalihkan pokok yang tumbang dan membersihkan jalan yang kotor akibat banjir lumpur.

Pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) turut dikejarkan ke kawasan terbabit bagi membantu mengalihkan wayar yang terputus akibat kejadian ribut berkenaan, selain membantu menyarnbung semula bekalan elektrik yang terputus sejak petang kelmarin. Turut berada di kawasan berkenaan ialah kontraktor Telekom Malaysia (TM) yang bekerja keras untuk memasang semula kabel yang terjatuh daripada tiangnya akibat di hempap pokok.

Ahli Majlis MPSJ, Datuk Abdul Aziz Singah, berkata MPSJ akan memotong pokok yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan penduduk dan membersihkan kawasan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Penduduk yang rumahnya paling teruk terjejas, Razak Siron, 58, menghargai keprihatinan kerajaan membantu membaiki semula rumahnya dan penduduk lain yang terjejas.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu dan berharap kejadian buruk ini tidak berulang," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.