This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Jurutera tak cekap
Harian Metro 20/4/2006

SUBANG JAYA: Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, semalam menegur sikap segelintir profesional termasuk perunding, arkitek dan jurutera yang enggan memantau projek pembangunan dilaksanakan sehingga mendatangkan masalah kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor berkata, kegagalan golongan terbabit menjalankan tugas dengan sempurna dan menyerahkannya ‘bulat-bulat’ kepada buruh binaan mendatangkan masalah kepada pembeli.

“Sebenarnya banyak jurutera yang keluar daripada universiti tempatan dan luar negara tidak cekap. Sebab itu banyak projek ditenggelami banjir. Bila profesional buat silap, maka yang dipersalahkan kerajaan negeri.

“Banyak masalah perumahan yang timbul hari ini berpunca daripada kumpulan profesional. Ini kerana mereka tidak menjalankan tugas dengan baik, selain enggan memantau projek dilaksanakan sekerap mungkin,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Seri Jati dan Pelancaran Kenderaan Peronda Sime UEP di Ara Damansara di sini, semalam.

Pada majlis itu seramai 210 keluarga membabitkan dua penempatan setinggan Kampung Lembah dan Kampung Tropicana menerima kunci Pangsapuri Seri Jati yang dimajukan Sime UEP Properties Berhad

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Tan Sri Datuk Seri Onn Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mokhtar Ahmad Dahlan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Datuk Ahmad Termizi Puteh dan Pengarah Urusan Sime UEP, Jauhari Hamidi.

Dr Khir berkata, langkah menyenaraihitamkan syarikat pemaju bermasalah dianggap tindakan paling tepat bagi memberi kesedaran kepada pemaju lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.