This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Draf rang Undang-undang Bangunan, Harta Bersama siap

Utusan Malaysia 19/4/2006

KUALA LUMPUR 18 April - Penggubalan draf Undang-Undang Bangunan dan Harta Bersama (RUU BHB) telah disiapkan dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara pada September lalu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Beliau memberitahu, bagaimanapun ia tidak dapat dibentangkan di Parlimen disebabkan beberapa perubahan.

"Cadangan pindaan berdasarkan keadaan semasa menyebabkan penggubalan draf RUU BHB berlaku kelewatan dan tidak dapat dikemukakan di Parlimen.

"Pengenalan komuniti berpagar dalam cadangan pindaan Akta Hak Milik Strata dan penggantian Sijil Layak Menduduki (CFO) kepada Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) menyebabkan RUU BHB perlu dipinda bagi mengambil kira keadaan semasa,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Tan Kok Wai (DAP-Cheras) di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Ka Ting menolak dakwaan Kok Wai bahawa negara ini bergantung kepada Singapura dalam membuat draf rang undang-undang itu.

Beliau turut menegaskan bahawa sehingga hari ini tiada sebarang lawatan ke luar negara dibuat oleh kementeriannya bagi tujuan itu.

Menurut Ka Ting, RUU BHB dijangka dapat menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pemilik semua jenis bangunan memandangkan rang undang-undang itu antara lain akan membolehkan penubuhan badan kawal selia untuk mengawal selia di semua peringkat.

"Kami kini sedang berusaha untuk mempercepatkan penyelesaian RUU BHB ini sebaik sahaja perkara-perkara yang berkaitannya dapat diselesaikan awal,'' katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.