This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

50 pembeli rumah flat tertekan

13/04/2006 KOSMO

KUALA LUMPUR - Sudah jatuh ditimpa tangga.


Demikian rintihan 50 orang pembeli rumah pangsa Danau Kota, Jalan Genting Klang, Setapak di sini yang bukan sahaja 'menderita' kerana rumah yang diidamkan tertangguh, malah pemaju baru yang mengambil alih turut meminta kos tambahan.

Wakil pembeli rumah pangsa berkenaan, Chow Guan Hoon memberitahu, pemaju perumahan yang baru itu telah menafikan perjanjian jual beli yang dipersetujui oleh mereka dengan pemaju asal.

Menurutnya, pemaju asal telah diisytiharkan muflis ekoran kegawatan ekonomi pada 1997 menyebabkan proses pembinaan perumahan itu tergendala selama enam tahun.

"Kini setelah ia diambil alih oleh pemaju baru yang dipercayai pemaju yang sama tetapi hanya menukar nama syarikat, segala perjanjian awal jual beli hendak diubah.

"Pemaju tersebut bercadang menaikkan harga rumah yang sebelum ini RM25,000 kepada RM33,000 dan menukar syarat pembelian tanpa mengemukakan dokumen baru kepada pembeli yang telah membayar 10 peratus deposit pembayaran sejak enam tahun lalu" kata Guan Hoon.

Sebelum itu, terdapat 489 buah unit rumah yang dijual kepada orang ramai dan daripada jumlah itu, ia telah berpecah kepada tiga kumpulan.

Menurut Guan Hoon, seramai 400 pembeli telah menerima tawaran kenaikan harga itu, tetapi 89 lagi enggan dengan 39 daripada mereka membawa perkara tersebut ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Tuntutan yang berlaku awal tahun lalu telah berjaya dalam tuntutan mendapat lain harga RM25,000 pada harga asal tanpa membuat bayaran tambahan sebanyak RM8,000.

"Amat menyedihkan terdapat 50 orang pembeli lain yang gelisah dan takut untuk membuat tuntutan disebabkan mereka merupakan pekerja pemaju tersebut yang sepatutnya memperoleh banyak kelebihan," katanya.

Justeru, Guan Hoon menyarankan supaya kerajaan membantu 50 pembeli rumah yang ada untuk mendapatkan hak mereka dengan mengekalkan harga rumah seperti dalam perjanjian awal.

"Sebelum ini, seramai 39 orang telah berjaya dalam tuntutan mereka untuk mengguna pakai harga lama seperti dalam perjanjian awal yang ditetapkan.

"Oleh itu, dengan bantuan yang ada, kami seramai 50 orang pembeli rumah yang tertekan dan berada dalam dilema mahu hak kami diperjuangkan," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.