This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

2,326 projek RMK-8 terbengkalai disambung dalam RMK-9
Utusan Malaysia  4/4/2006

KUALA LUMPUR 3 April - Sebanyak 2,326 projek terbengkalai dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) akan disambung pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kegagalan dalam menyiapkan projek-projek itu dalam tempoh RMK-8 disebabkan pelbagai masalah termasuk kontraktor yang dilantik `lari’.

Beliau berkata, masalah-masalah lain yang turut menyumbang kepada kegagalan projek untuk disiapkan ialah berkaitan pengambilan tanah dari kerajaan negeri atau orang persendirian yang biasanya memakan masa yang lama.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutalib (BN-Maran) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, bagi RMK-8, sejumlah RM169.144 bilion atau 99.2 peratus telah dilaksanakan daripada siling peruntukan yang berjumlah RM170 bilion dan sebanyak 77,427 sub projek atau 81.7 peratus daripada 94,838 sub projek telah disiapkan.

Mengenai pelaksanaan RMK-9, beliau berkata, semua jentera dan agensi kerajaan telah bersiap sedia untuk melaksanakan RMK-9 mengikut perancangan yang telah disediakan oleh setiap kementerian, jabatan dan agensi.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika berucap membentangkan RMK-9 Jumaat lalu telah menjadikan pelaksanaan dan pemantauan sebagai satu daripada lima teras yang ada di bawah RMK-9.

Perdana Menteri berkata, beliau melihat bahawa pemantauan dan pelaksanaan sebagai satu perkara yang penting.

Mohamed Nazri berkata, penubuhan sebuah jawatankuasa kecil bagi memantau semua projek di bawah RMK-9 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjayakan semua projek yang dirancang di bawah RMK-9.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.