This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Syor senarai hitam pemaju cabut lari

Berita Harian 04/03/2006

KERAP kali media massa mendedahkan isu rumah terbengkalai. Namun, pihak terbabit khususnya pemaju perumahan seakan-akan memekakkan telinga.

Pendedahan isu itu sebenarnya boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai untuk membeli rumah.

Menerusi pendedahan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan sering memberikan cadangan termasuk meminta pembeli membuat laporan polis, menggunakan khidmat guaman, bersemuka dengan pemaju dan sebagainya.

Ada sesetengah cadangan itu bagaikan melepaskan tanggungjawab membela nasib pengguna yang teraniaya.

Laporan polis memang diakui baik untuk rekod, tetapi kerajaan bertanggungjawab memantau perkara berkenaan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelak kejadian berulang.

Di sini, saya ingin mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan kaedah atau sistem senarai hitam kepada pesalah (pemaju). Ikutlah seperti dilakukan bank tempatan yang mempunyai senarai mereka yang gagal menjelaskan pembiayaan pinjaman dan namanya akan disenaraihitamkan.

Kaedah itu juga perlu dipraktikkan kepada pemaju degil. Kita juga mahu pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan supaya nama syarikat dan pengarahnya disiarkan di dalam akhbar utama.

Ini menunjukkan kerajaan amat tegas dan tidak berkompromi dengan pemaju yang gagal dalam projek itu dan mereka tidak seharusnya diberi peluang untuk membuat projek lain atau membuka syarikat perumahan baru bagi projek seterusnya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga boleh membuat semakan menerusi senarai itu bagi mengelakkan mereka yang disenaraihitamkan mendapat projek baru untuk dilaksanakan.

Walau apapun, kebajikan dan kepercayaan rakyat perlu dijaga. Jangan sekali-kali khianati amanah yang mereka beri untuk membela nasib mereka.

IBNU NORED,
Perlis.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.