This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB baik pulih Taman Pelangi
Berita Harian 31/3/2006

SEREMBAN: Penantian 400 pembeli rumah Taman Pelangi, Sikamat dekat sini sejak 14 tahun lalu dijangka berakhir apabila projek perumahan terbengkalai itu akan dibaik pulih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek, berkata tiga projek itu ialah Taman Pelangi yang akan dibaik pulih tahun ini selain Taman Senawang Jaya Fasa Satu C dan Taman Kerisi Mambau yang terbengkalai antara lima hingga 10 tahun lalu.

"Projek perumahan Taman Pelangi itu yang hanya siap kira-kira 50 peratus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembeli hingga menyebabkan kerajaan campur tangan.

"Kerajaan negeri menerusi Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) sudah berbincang dengan SPNB dan persetujuan sudah dicapai untuk memulihkan projek itu selewat-lewatnya pertengahan tahun ini," katanya di sini, semalam.

Woo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, berkata kerajaan negeri berusaha untuk memulihkan semua kira-kira 40 projek perumahan terbengkalai yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata, usaha sedang dibuat dengan SPNB untuk memulihkan projek terbabit secara berperingkat kerana ia memerlukan maklumat lengkap terutama senarai nama pembeli.

Mengenai sebahagian rumah di Taman Senawang Indah, dekat sini, yang tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun sudah diduduki lebih 20 tahun, beliau berkata, masalah itu berpunca daripada pelan yang tidak diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"PBT tidak boleh mengeluarkan CF selagi masalah pelan tidak diselesaikan penduduk kerana CF tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya jika tidak memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Adun Sikamat, Datuk Mohd Yusof Harmain Shah, berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan dan SPNB untuk membaik pulih projek perumahan Taman Pelangi.

Beliau berkata, pembeli sudah terlalu lama menunggu untuk menduduki rumah berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.