This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Siapkan segera rumah kami

11/03/2006 Kosmo

SEREMBAN - Sampai bila mahu tunggu! Begitulah rintihan ratusan pembeli rumah di Taman Kerisi, Mambau di sini yang mendakwa rumah impian mereka sudah terbengkalai hampir tiga tahun lalu.

Lebih malang, pemaju asal projek itu kini tidak lagi beroperasi dan telah berpindah ke lokasi yang tidak diketahui sedangkan pembeli terus dibiarkan terpinga-pinga tanpa sebarang pembelaan.

Mereka merungut kerana terpaksa menanggung pinjaman bank setiap bulan.

Projek perumahan tersebut dikatakan mula dibina pada 1999, sebelum terhenti pada Oktober 2002 tanpa notis daripada pemaju.

Projek yang merangkumi tiga rasa itu merangkumi pembinaan rumah kos sederhana dan rumah kos rendah berharga di antara RM40,000 sehingga RM80,000 dan ada di antaranya sudah mencapai tahap 90 peratus siap.

Ekoran masalah itu, kebanyakan pembeli yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa tinggal di kuarters milik kerajaan atau menyewa rumah lain.

Tinjauan KOSMO! mendapati, keadaan perumahan tersebut menyedihkan dengan semak-samun semakin tinggi.

Selain itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan infrastruktur selain peralatan seperti cermin tingkap, kabel elektrik, pintu gelongsor kaca, pagar dan besi penutup saluran kumbahan dicuri.

Pembeli mendakwa, mereka pernah mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Chan Khee Voon pada 23 Julai tahun lalu dan telah dimaklumkan bahawa ada kontraktor baru iaitu Perkasa Imeg Sdn. Bhd. yang dilantik menyambung semula projek.

Namun mereka diminta membayar wang tambahan sebanyak RM7,000 bagi rumah kos sederhana dan RM4,850 untuk rumah kos rendah bagi menampung kerja-kerja pembinaan seterusnya.

Akibatnya, 70 peratus daripada pembeli menolak cadangan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan bayaran yang diminta itu sehinggalah projek perumahan itu kekal dalam semak sehingga kini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.