This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbiar biak semak

23/03/2006 Berita Harian

GOMBAK: Selama lebih 10 tahun, penduduk Taman Seri Gombak di sini terpaksa memendam perasaan melihat deretan rumah terbiar di kawasan perumahan mereka bertukar menjadi tempat semak samun membiak sehingga menyakitkan mata memandang.

Penduduk mendakwa sehingga hari ini permintaan mereka agar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan dan mengambil tindakan terhadap beberapa pemilik rumah terbiar di kawasan ini belum menunjukkan usaha positif.

Kehidupan penduduk menjadi lebih tidak tenteram apabila rumah terbiar dan dipenuhi belukar kerana ditinggalkan bertahun-tahun lamanya sehingga menjejaskan dan merosakkan rumah bersebelahan.

Malah, mereka bimbang keadaan semak samun itu akan mendatangkan bahaya kepada jiran berhampiran kerana kemungkinan dihuni haiwan berbisa dan serangga.

Sehubungan itu, penduduk meminta MPS mengambil tindakan segera terhadap pemilik rumah yang gagal dikesan sekian lamanya bagi mengelakkan rumah itu dijadikan sarang pembiakan nyamuk dan penagihan dadah.

Suri rumah, K Traemah, 39, berkata beliau mula menetap di kawasan itu pada 1996 dan rumahnya mengalami banyak kerosakan disebabkan rumah usang di sebelahnya.

Beliau berkata, antara kerosakan teruk yang dialaminya termasuk dinding di ruang tamu berkulat, pendawaian elektrik tidak boleh digunakan, dinding serta lantai jubin menjadi retak.

Traemah berkata, aduan tuntutan ganti rugi bernilai RM4,400 sudah dikemukakan kepada MPS pada Jun 2004 bagi tujuan membaik pulih rumahnya.

Bagaimanapun, katanya sehingga sekarang beliau masih belum menerima sebarang jawapan atau maklum balas MPS berhubung masalah itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.