This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek 'belukar' menyakitkan mata

Kosmo 6/3/2006

SEREMBAN - Ketika memandu di Jalan Sungai Ujong untuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan, pasti pemandangan anda terganggu dengan bangunan terbengkalai yang terletak di kiri jalan berkenaan.

Tinjauan KOSMO! ke kawasan tersebut mendapati projek yang terbengkalai sejak sembilan tahun lalu itu sudah 80 peratus siap.

Keadaan persekitarannya yang semak, mungkin boleh mengundang masalah lain seperti tumpuan penagih dadah atau reptilia berbisa seperti ular.

Seorang penduduk berdekatan, Saiful Azli, 25, berkata, projek terbengkalai itu juga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk.

"Ini berikutan keadaan projek yang sudah dilitupi dengan semak-samun sehingga kelihatan macam belukar," katanya.

Seorang pelanggan restoran di Dataran Kemayan yang terletak berhampiran bangunan terbengkalai itu, Abdul Razak Ahmad, 35, berkata, pagar tapak projek yang berlubang turut memudahkan orang luar memasuki kawasan tersebut.

"Memang senang sangat untuk tempat itu dijadikan 'port' penagih dadah.

"Bukan itu sahaja, ia juga berkemungkinan boleh menggalakkan aktiviti tidak bermoral," ujarnya.

Sementara itu, A. Ganeson, 40, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana projek itu telah lama terbengkalai dan mencacatkan pemandangan.

Paling membimbangkan, ia seakan 'penyambut tetamu' bagi pengunjung yang ingin ke bandar Seremban melalui Tol Labu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.