This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penghuni Pangsapuri Setapak Indah Jaya dibela

Utusan Malaysia 20/3/2006

KUALA LUMPUR 19 Mac - Setelah lebih lima tahun berhadapan dengan pelbagai masalah yang berpunca daripada pihak pengurusan, akhirnya nasib lebih 2,000 keluarga di tiga blok Pangsapuri Setapak Indah Jaya di sini mendapat pembelaan.

Menurut penduduk, sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan telah menyebabkan mereka berhadapan pelbagai masalah seperti tunggakan bil air dan elektrik yang kini mencecah RM160,000.

Tambah mereka, pihak pengurusan juga gagal membaiki enam lif yang rosak menyebabkan penduduk terpaksa berkongsi duit membaiki tiga daripada lif tersebut yang menelan kos RM210,000.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Teong Look berkata, pihaknya akan berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bagi menyelesaikan masalah itu.

"Saya akan berbincang dengan pihak berkenaan dan kalau boleh mereka berikan sedikit masa kepada penduduk untuk jelaskan bayaran tertunggak itu. "Saya juga baru mendapat kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membaiki kemudahan di pangsapuri ini," katanya kepada pemberita disini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan bersama wakil dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Loke Teik Cheung, wakil syarikat pengendali, Dr. V. Shanmuganathan dan Setiausaha Persatuan Pemilik Pangsapuri Setapak lndah Jaya, Agnes Lee.

Menurut Teong Look, melalui perbincangan itu, pihak pengurusan telah bersetuju menyerahkan segala urusan di pangsapuri tersebut kepada pemilik.

"Menerusi lantikan pihak pengurusan di kalangan penduduk, mereka akan mendapat kerjasama, perbincangan dan persetujuan yang baik.

"Saya juga kagum dengan usaha penduduk yang sanggup mengutip RM500 seorang untuk membaiki lif yang rosak " katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.