This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

NCCC terima banyak aduan perumahan
Berita Harian 16/3/2006

KUALA LUMPUR: Aduan mengenai masalah perumahan dan perkhidmatan syarikat pengurusan perumahan adalah aduan tertinggi diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), daripada jumlah keseluruhan 18,579 aduan membabitkan 41 kes berlainan yang dicatatkan pada tahun lalu.

Pengurus NCCC, Darshan Sigh, berkata bagi masalah perumahan, NCCC menerima 1,164 aduan manakala perkhidmatan pengurusan perumahan pula 1,097 aduan.

Beliau berkata, aduan mengenai masalah perumahan yang diterima itu kebanyakannya merangkumi kes rumah terbengkalai dan lewat mendapat sijil layak menduduki (CF).

Bagaimanapun, Darshan berkata, kesemua aduan itu kemudian dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Persatuan Pembeli Rumah (HBA) untuk tindakan lanjut.

“Kebiasaannya, kes membabitkan masalah perumahan yang diterima NCCC akan terus disalurkan ke TTPR dan HBA berikutan dua badan ini lebih arif dalam urusan penyelesaian masalah perumahan dialami pembeli.

“Sehubungan itu, kita tidak pasti sejauh mana masalah yang dipanjangkan kepada pihak berkenaan sama ada sudah selesai atau masih dalam proses penyelesaian,” katanya pada sidang media selepas membentangkan laporan aduan tahunan yang dikendalikan NCCC di sini, semalam.

Darshan berkata, daripada 1,097 aduan mengenai perkhidmatan syarikat pengurusan perumahan, 861 aduan merangkumi perkhidmatan tidak memuaskan, caj perkhidmatan terlalu tinggi (203) dan 33 aduan lagi membabitkan pelbagai kes kecil.

Gores dan Menang mencatatkan 1,066 aduan sekali gus menjadi aduan ketiga tertinggi dan ia dipercayai berlaku akibat kelemahan orang ramai yang mudah mempercayai dan terpedaya dengan tipu helah pihak tidak bertanggungjawab menganjurkan peraduan seumpama itu.

NCCC juga menerima 911 aduan kenaikan harga barangan, 870 aduan perkhidmatan ganti rugi terhadap kualiti barang, 852 aduan mengenai kualiti perkhidmatan awam dan 796 aduan oleh orang ramai yang terpedaya dengan jualan murah.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.