This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPN bantu pembeli dapatkan CF

Kosmo 16/3/2006

SEREMBAN - Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sedang berusaha menyelesaikan masalah Sijil Layak Menduduki (CF) yang dihadapi penduduk di kawasan perumahan Bandar Seremban Selatan Fasa 3A di sini.

Yang Dipertua MPN, Noordin Mohd. Yatib berkata, pihaknya memang menyedari masalah yang dihadapi penduduk dan telah mengadakan perbincangan dengan pemaju bagi mengatasi masalah tersebut .

"Tindakan akan diambil dengan secepat mungkin. Bagaimanapun, proses ini akan memakan masa sedikit dan berharap penduduk bersabar sehingga masalah ini diselesaikan," jelas beliau ketika dihubungi semalam.

Kelmarin KOSMO! melaporkan penduduk di kawasan terbabit kecewa apabila rumah yang dihuni sejak lima tahun lalu masih belum mendapat CF.

Malah lebih mendukacitakan, penduduk terbabit bukan setakat tidak mendapat CF, tetapi turut tidak diberi Sijil Sementara Menduduki (TCF).

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.