This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah Flat Setapak Indah Jaya selesai

Kosmo 28/3/2006

KUALA LUMPUR - Masalah yang dihadapi penduduk Flat Setapak Indah Jaya seperti penipuan pembayaran bil elektrik dan air, cukai tanah tertunggak dan lif yang tidak berfungsi sejak beberapa tahun lalu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa.

Ia ekoran kata sepakat dicapai antara Persatuan Pemilik Flat Setapak Indah Jaya bersama syarikat penilai harta, SC Corporate Recovery dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalarn mengatasi, masalah tersebut.

Antara jalan penyelesaian yang dikenal pasti ialah SC Corporate Recovery menyerahkan tanggungjawab pengurusan flat kepada persatuan pemilik nat terbabit.

Menurut Pengerusi Persatuan Pemilik Flat Setapak Indah, Soon Chai Fock, sebuah syarikat akan ditubuhkan dan seterusnya mengendalikan masalah termasuk bil elektrik dan air yang tertunggak berjumlah RM158,852.42.

"Kami juga perlu menyelesaikan bayaran cukai tanah yang tertunggak berjumlah RM290,351 yang tidak dijelaskan oleh pengurusan kepada pejabat tanah walaupun penduduk telah membayarnya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalarn perkembangan sama, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Teong Look berjanji akan merujuk masalah tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

"Kita akan minta pihak terbabit memberi diskaun dan memberi tempoh kepada penduduk untuk menjelaskan bil secara ansuran," katanya.

Teong Look memberitahu, penduduk juga akan diberikan status hak milik strata dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Kementerian bersetuju untuk mempercepatkan proses mengeluarkan hak milik tersebut kepada penduduk flat itu," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.