This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Harga rumah dijangka tak naik
03/03/2006 Berita Harian

KUCHING: Kementerian Perumahan Sarawak menjangka harga rumah mampu milik di negeri ini tidak akan meningkat walaupun selepas berlaku kenaikan harga minyak, kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg, berkata harga rumah mampu milik di negeri ini akan dikekalkan pada harga sebelumnya antara RM47,000 hingga RM80,000 seunit.

"Kita tidak akan menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga rumah yang sedang dibina di Sarawak, lebih-lebih lagi untuk tempoh terdekat.

"Jika ada pihak menyatakan harga rumah rakyat di negeri ini akan dinaikkan serta merta berikutan kenaikan harga minyak, itu semua tidak benar dan ia hanya khabar angin," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Satok sebelum itu meninjau perkembangan terkini pembangunan projek menaik taraf Sungai Bintangor yang menelan belanja kira-kira RM20 juta.

Ia yang juga sebahagian daripada projek pengindahan sungai di bandar raya ini, bermula 31 Mac 2003 dan dijadualkan siap sepenuhnya tiga bulan lagi selepas terlewat hampir setahun.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.