This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF hanya dimohon bulan ini

Kosmo 24/3/2006
 
KUALA LUMPUR - Bagi kira-kira 150 keluarga bekas setinggan yang menghuni Flat Taman Industri Ringan, Lembah Jaya Selatan, di sini, mereka makin terpaksa menunggu lebih lama sebelum kediaman itu memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF).

Ini kerana pemaju bagi flat yang mempunyai 550 unit rumah itu dijangka hanya mengemukakan permohonan CF kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bulan ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, biarpun CF dimohon lewat selepas ada unit sudah diduduki, pihaknya tetap akan mengikut prosedur sebelum ia diluluskan.

"Pemaju perlu memenuhi beberapa syarat seperti menyediakan kemudahan asas di flat berkenaan selain ia selamat diduduki," jelasnya ketika dihubungi semalam.

Norhayati menjawab laporan KOSMO!pada Rabu lalu berhubung kebimbangan penghuni flat itu mengenai keadaan rumah mereka yang tidak terurus.

Penghuni juga kesal dengan sikap pemaju yang didakwa lepas tangan terhadap aduan-aduan yang dikemukakan.

Sebanyak 150 unit rumah di situ telah dihuni oleh bekas penduduk setinggan Kampung Pinggir selepas tidak mampu menyewa rumah lain.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.