This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

84 dapat kunci rumah Jaymuda

08/03/2006 Berita Harian

MELAKA: Seramai 84 pemilik rumah di Taman Seri Mangga Seksyen 1, dekat sini, yang dibangunkan oleh pemaju Kumpulan Jaymuda (Jaymuda) di kawasan seluas 2.76 hektar berjaya memperoleh kunci rumah masing-masing, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Wong Soon Lim, berkata projek yang dimulakan sejak dua tahun lalu, siap mengikut jadual sebelum sijil layak menduduki (CF) diperoleh sepenuhnya pada bulan lalu.

Beliau berkata, projek kediaman itu membabitkan penggunaan tanah hak milik kekal iaitu Tanah Adat Melayu dan kini sudah habis dijual dengan harga antara RM85,000 hingga RM350,000.

Pembangunan kawasan kediaman itu membabitkan pembinaan 68 unit teres setingkat berharga RM85,000 seunit, lapan unit teres dua tingkat (RM155,620 seunit), enam unit kembar dua tingkat (RM280,000 seunit) dan dua unit banglo dua tingkat (RM350,000).

“Kita berterima kasih kepada pembeli yang sentiasa menyokong pembinaan dan pembangunan yang dijalankan Jaymuda.

“Kita yakin kawasan kediaman ini adalah strategik kerana berdekatan dengan institut perbankan, sekolah, serta pusat beli belah.

“Malah, kawasan ini menyediakan suasana kehidupan yang berkualiti, aman dan damai di lokasi yang pesat membangun,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci rumah Taman Seri Mangga 1, yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu. Datuk Idris Haron, dekat sini, baru-baru ini.

Jaymuda adalah antara pemaju projek pembangunan yang terkenal di negeri ini sejak awal 1990-an dan sehingga kini, syarikat terbabit sudah menyiapkan sebanyak 6,000 rumah kediaman, komersial dan industri di Melaka.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.