This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

8 projek perumahan swasta tidak siap
 20/03/2006 Berita Harian

KUANTAN: Sebanyak lapan projek perumahan milik swasta bernilai kira-kira RM198.47 juta di empat daerah di negeri ini terbengkalai dan ada antaranya sudah berlarutan sejak lebih 20 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pusat Pertumbuhan negeri, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak, berkata lima daripada projek perumahan itu di Kuantan, manakala tiga projek lagi di tiga daerah iaitu masing-masing satu di Bentong, Maran dan Jerantut.

"Projek terbengkalai itu membabitkan 1,231 unit rumah di lima taman perumahan di Kuantan, 673 unit di Bentong, 1,176 unit di Maran dan 260 unit rumah di Jerantut menjadikan jumlahnya 3,340 unit rumah," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2006 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Berjaya Megamall, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, semua projek perumahan terbengkalai yang sudah dikenal pasti itu dijangka diambil alih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk memastikan ia disiapkan secepat mungkin.

"SPNB ialah syarikat pemaju sah yang dilantik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang biasanya mengambil alih kebanyakan projek perumahan tertangguh untuk disiapkan.

"Bagaimanapun, sebelum proses pengambilalihan dilakukan, SPNB akan melakukan kajian dan pemantauan di lokasi projek pembangunan yang terbengkalai itu," katanya.

Katanya, SPNB sebelum ini pernah mengambil alih enam projek perumahan terbengkalai dua tahun lalu dan kini kawasan pembangunan perumahan itu sudah mendapat sijil layak menduduki (CF).

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.