This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

150 projek dalam perhatian

Kosmo 04/03/2006

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang memantau 150 projek perumahan terbengkalai yang kebanyakannya di Lembah Klang, bagi memastikan ia siap mengikut jadual dan memenuhi kriteria pembinaan yang ditetapkan.

Pengarah Bahagian Pengawasan dan Penguat kuasa kementerian itu, Dr. G. Parameswaran berkata, projek perumahan terbengkalai itu adalah daripada 10,000 projek perumahan yang sedang dipantau dan dilaksanakan di seluruh negara dari 1990 hingga Disember 2005.

Beliau berkata, ia terbengkalai disebabkan masalah kewangan pihak pemaju, kebanyakannya ketika krisis kewangan 1997, selain masalah penjualan, pengurusan, masalah teknikal di tapak pembinaan dan rumah setinggan.

Kesemua projek yang di pantau itu meliputi rumah bertanah seperti projek perumahan kos rendah, rumah teres, semi-D, banglo dan ladang akhbar di sini.

Beliau berkata, sebanyak 93 projek perumahan terbengkalai, tidak termasuk dalam 150 projek terbengkalai yang dipantau itu, telah disiapkan mengikut jadual oleh 87 pemaju dan selebihnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Mengikut prosedur pembinaan yang ditetapkan oleh kementerian, semua projek perumahan rumah bertanah perlu disiapkan dalam tem­poh 24 bulan, manakala bangunan tinggi perlu disiapkan dalam tempoh 36 bulan, kata Parameswaran.

Beliau berkata, mana-mana projek yang disiapkan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan dianggap sebagai "projek sakit" dan projek pe­rumahan yang melebihi tempoh terbabit dianggap sebagai 'projek lewat',

"Projek perumahan yang tidak disiapkan melebihi tempoh 42 bulan (dan tiada sebarang aktiviti pembinaan) akan dianggap sebagai projek terbengkalai di mana pemaju.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.