This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai: Ke mana hendak mengadu?
Utusan Malaysia 22/02/2006

SAYA terpanggil untuk menulis setelah membaca berita di dalam Utusan Malaysia 13 Februari, 2006 mengenai Menteri Besar Selangor mencadangkan agar Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipinda bagi membolehkan hukuman penjara dikenakan ke atas pemaju yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula berkata, kementeriannya sedang mengkaji semua fakta mengenai projek perumahan terbengkalai.

Saya merupakan mangsa kepada projek rumah terbengkalai dan selama ini merasakan seperti tiada tempat untuk mengadu.

Selain projek taman perumahan terbengkalai, terdapat banyak kes pemaju yang mengiklankan penjualan lot-lot banglo tanah rizab Melayu. Setelah mengambil wang deposit dan menghadapi masalah untuk menjalankan projek, mereka menyerahkan projek tersebut kepada pemaju lain.

Syarikat pemaju yang menghadapi masalah ini akan menutup syarikatnya dan menubuhkan pula syarikat pemaju yang baru. Pemaju yang tidak bertanggungjawab ini akan terus menjalankan perniagaannya dengan nama syarikat yang baru.

Saya amat menyokong agar Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipinda segera agar pemaju yang tidak bertanggungjawab ini boleh dihukum penjara.

Pengalaman saya sendiri membeli lot banglo di Lot 6400, Bukit Kapar, Klang pada tahun 2000 amat memedihkan. Melalui ruangan ini saya menyeru kepada semua yang terlibat dengan pembelian lot banglo ini agar dapat menghubungi saya melalui e-mel: desameru@yahoo.com supaya dapat bertindak bersama.

- RABIATUL ADAWIYAH, Shah Alam, Selangor.

SURAT KEDUA

SAYA tidak tertahan lagi menanggung beban kerana rumah yang dibeli sejak 2001 hingga kini masih belum siap.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, menanggung isteri, anak-anak dan adik, saya terpaksa pula membayar hutang bank bagi rumah yang tidak siap.

Berurusan dengan pemaju ibarat main sorong papan, tarik papan. Mengikut perjanjian projek siap pada Mei 2002.

Para pembeli telah menubuhkan jawatankuasa bertindak dan sudah beberapa kali naik turun pejabat Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan di Selangor. Tetapi sehingga sekarang langsung tiada keputusan.

Kami cuba lantik peguam, tetapi semua tidak sudi kerana mereka sudah tahu kes akan gagal. Tiadakah undang-undang di Malaysia yang menyebelahi pihak pembeli rumah?

Tolonglah, pada siapa lagi kami boleh mengadu?

- ADDYSURIONO, Kulai, Johor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.