This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah : Segera laksana konsep bina, jual
Utusan Malaysia 18/02/2006


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kerajaan digesa melaksanakan segera konsep bina dan jual beserta formula 10:90, bayar dulu 10 peratus dan 90 peratus selepas siap, bagi melindungi kepentingan pembeli daripada terus menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai.


Gesaan itu disuarakan oleh Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (NHBA), Majlis Peguam, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam satu sidang akhbar bersama di sini hari ini.

Naib Presiden NHBA, Brig. Jen. (B) Datuk Goh Seng Toh berkata, mengambil kira laporan Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyaksikan sebanyak 227 projek bernilai lebih RM7 bilion terbengkalai pada 2004, maka konsep `beli dan jual' serta formula 10:90 perlu dilaksanakan segera bagi melindungi pembeli.

Beliau berkata, walaupun perangkaan itu menunjukkan penurunan berbanding 2002 di mana sebanyak 359 projek perumahan bernilai RM9.5 bilion terbengkalai, tetapi ia tetap membimbangkan melihat kepada bilangan pembeli terlibat iaitu lebih 50,000 orang.

"Pembeli tidak sepatutnya didedahkan dengan risiko apabila projek terbengkalai. Sepatutnya, pemaju yang menanggung risiko,'' katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.