This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pinda Akta Perumahan, Kerajaan Tempatan - MB

Utusan Malaysia 13/2/2006

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo mencadangkan supaya Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipinda bagi membolehkan hukuman penjara dikenakan ke atas pemaju yang gagal dikenakan ke atas pemaju yang gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan dalam perjanjian jual beli.

Katanya, dalam kebanyakan kes, kerajaan tidak dapat bertindak terhadap pemaju kerana ketiadaan peruntukan undang-undang berkaitan.

Namun, katanya, orang ramai yang tidak arif mengenai perkara itu menyalahkan dan menuduh kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai tidak menjalankan tugas.

"Hari ini kerajaan tiada undang­undang untuk bertindak tegas terhadap pemaju tidak bertanggungjawab.

"Harap ada pindaan terhadap akta ini supaya pemaju dapat dipenjarakan sekurang-kurangnya enam bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Belia Prihatin, Belia Benci Dadah di Perumahan Awam Sri Perlis 2, Keramat Jaya di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pembeli­pembeli rumah di Kundang dan Rinching baru-baru ini yang membuat laporan polis kerana teraniaya akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemaju di kawasan berkenaan.

Dalam kes tersebut, pemaju tidak menyediakan kemudahan asas sepatutnya seperti yang terkandung dalam perjanjian jual beli tetapi telah menyerahkan kunci kepada pembeli.

Akibatnya, pembeli terpaksa mendiami rumah masing-masing tanpa sijil layak menduduki (CF).

"PBT boleh luluskan CF dalam tempoh dua minggu asalkan semua keperluan asas disiapkan," jelas Mohamad Khir.

Menurutnya, apa yang menjadi kelemahan dalam perjanjian jual beli kerana ia melibatkan urusan telah dipersetujui antara pemaju dan pembeli sahaja.

Justeru tambah beliau, kerajaan sukar untuk campur tangan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.