This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rumah tertipu tiada pembelaan
13/02/2006 Berita Harian 

SEBAGAI pembeli rumah, saya bersimpati dengan nasib pembeli rumah lain yang menghadapi masalah rumah terbengkalai dan tidak mendapat sijil kelayakan menduduki (CF) dan terpaksa pula menanggung beban hutang bank.

Sikap tidak bertanggungjawab pemaju membebankan golongan terbabit kerana sesetengah daripada mereka masih menyewa.

Sering kali hanya pembeli yang menjadi mangsa keadaan apabila berhadapan isu ini. Pihak bank terus membuat tuntutan bayaran ke atas pembeli, manakala pemaju menghilangkan diri selepas mengaut keuntungan secara tidak bermoral.

Pihak berkuasa tempatan pula lebih suka memberikan alasan yang selamat iaitu tiada kuasa mengambil tindakan terhadap pemaju, isu pemaju tidak memohon CF bukan bidang kuasa mereka dan sebagainya.

Saya ingin meluahkan rasa kesal di atas ketidakcekapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam mengambil langkah memperkukuhkan undang-undang bagi melindungi pembeli rumah daripada pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Yang menyedihkan ialah apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan seolah-olah cuba mengelakkan diri daripada memberikan jawapan yang diajukan.

Saya menyokong usaha Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan presidennya yang berulang kali bersemuka dengan pihak berwajib bagi mendapatkan kaedah bagi melindungi pembeli rumah.

Sedihnya, usaha ini masih dipandang ringan pihak berwajib. Nampaknya, kerap kita dipaparkan dengan kelembapan pihak berwajib dalam mengenakan undang-undang lebih ketat ke atas pemaju yang tidak bertanggungjawab ini.

Sekiranya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bukan pihak berwajib yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas kelalaian pemaju, siapa lagi?

Persoalannya siapakah yang kena buat kerja untuk rakyat? Rakyat atau menteri atau pihak yang dipertanggungjawabkan? Kalau beginilah sikap mereka yang diberi kuasa untuk membantu orang ramai, tidak hairanlah isu yang sudah lapuk ini masih belum selesai hingga ke hari ini.

TERANIAYA,
Pandan Indah, Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.