This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju diminta adakan pemeriksaan semula rumah

Utusan Malaysia 13/2/2006

KUALA SELANGOR 12 Feb. ­Pemaju perumahan Bandar Puncak Alam Fasa 2 dekat sini diminta mengadakan pemeriksaan semula ke atas semua unit rumah yang telah didiami bagi mengelakkan kejadian tangki air jatuh tidak berulang.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd. Daud Tarihep ketika melawat keluarga yang nyaris maut baru-baru ini apabila tangki air di atas bilik tidur mereka di Lorong Gugusan Alam, kawasan perumahan itu jatuh semasa sedang nyenyak tidur kira-kira pukul 1.15 pagi.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada pembeli rumah yang tidak berpuas hati dengan pemaju rumah yang gagal memenuhi spesifikasi dalam perjanjian jual beli rumah.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu membuat pemeriksaan rapi ke atas rumah yang disiapkan sebelum mengeluarkan sijil layak menduduki (CF).

"Dalam kes ini pula, pemeriksaan rapi harus dilakukan ke atas kayu yang digunakan untuk tangki air di kawasan perumahan ini dan pastikan ia diletakkan di tempat yang lebih selamat," katanya di sini hari ini.

Mohd. Daud yang mengunjungi keluarga tersebut bersama Pegawai Undang-Undang Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd. Zakir Husin Mohd. Zahid menyampaikan sumbangan wang serta barangan makanan.

Utusan Malaysia pada 10 Februari laIu melaporkan kejadian tangki air jatuh yang telah mengakibatkan keluarga mangsa, Iskandar Alauddin, 35, dan isterinya, Siti Maheran Yusuf, 29, cedera ringan manakala anak mereka, Nur Amalina, 18 bulan, luka di dahi.

Mengimbas kembali kejadian itu, Iskandar memberitahu, dia dan keluarganya bernasib baik kerana sebuah almari dalam biliknya menghalang tangki air tersebut daripada menghempap mereka.

"Kalau tangki itu bersama serpihan siling, lampu dan saluran paip terus jatuh ke atas saya dan isteri, tentu kejadian yang lebih buruk berlaku," katanya.

Terdahulu, di Kampung Bukit Kerayong, di sini, Mohd. Daud turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa bangunan tujuh tingkat runtuh di Mekah semasa mengerjakan ibadat haji baru-baru ini.

Mangsa, Saliam Sahid, 57, yang terselamat tetapi cedera parah di bahagian kaki akibat runtuhan tersebut kembali ke tanah air bersama suaminya, Mohd Yunos Miri, 10 hari lalu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.