This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju perumahan hutang Syabas RM1j

Utusan Malaysia 7/2/2006

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari Isnin memaklumkan bahawa masalah gangguan bekalan air di Bandar Baru Rinching, Seksyen 5 dan 6, Semenyih, selama ini adalah berpunca daripada bil tertunggak syarikat pemaju perumahan kawasan berkenaan yang sudah menjangkau RM1 juta.

Pengarah Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan Syabas, Naemuddin Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu bahawa syarikat Rhombus Bina Sdn Bhd, mempunyai hutang tertunggak itu sejak 2003.

Beliau berkata Syabas baru-baru ini mengambil tindakan menamatkan bekalan air ke kawasan perumahan terbabit, yang menggunakan sistem bekalan air dari meter pukal yang dibenarkan hanya
untuk kegunaan pembinaan projek perumahan berkenaan.

"Sepanjang tempoh lima tahun, pihak pemaju menggunakan sistem itu untuk disalurkan kepada lebih 2,000 unit rumah di kawasan berkenaan. Ia tidak lagi sesuai kerana tekanan yang rendah serta tidak mencukupi untuk keperluan isi rumah," katanya.

Menurutnya ia mengakibatkan pemaju terpaksa melakukan catuan, sekaligus mengundang rasa tidak senang penduduk kerana mereka sudah membayar deposit bagi mendapatkan bekalan air yang sempurna.

Ahad, penduduk kawasan terbabit mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Rhombus Bina, bagi menggesa pemaju mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) dan menuntut penyelesaian masalah prasarana sistem bekalan air yang tidak sempurna selama lima tahun.

Naemuddin berkata masalah itu sebenarnya berpunca daripada tindakan pihak pemaju yang menyerahkan kunci kepada pembeli rumah tanpa menyediakan prasarana sistem bekalan air yang sempurna seperti yang diluluskan Syabas.

Katanya Syabas hanya akan menyalurkan semula bekalan air ke kawasan terbabit apabila pihak pemaju menjelaskan hutang tertunggak itu dan membina prasarana lengkap untuk bekalan air seperti yang disyaratkan.

-- BERNAMA

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.