This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pangsapuri Seri Nilam retak
Utusan Malaysia 22/2/2006

AMPANG JAYA 21 Feb. - Sebanyak 748 keluarga Blok C dan D, Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini berasa tidak selamat ekoran keretakan serius berlaku di sepanjang dua blok bangunan itu sejak dua tahun lalu.

Penduduk semakin bimbang apabila air mulai keluar daripada rekahan tersebut membuatkan mereka mulamempertikai kestabilan struktur bangunan yang baru berusia tiga tahun itu.

Beberapa aduan yang dibuat kepada pemaju hanya menemui jalan buntu apabila pemaju sekadar datang melihat dan membuat tampalan secara plaster pada luaran keretakan bangunan.

Ketua Pemuda UMNO Kampung Tasik Campuran, Syed Kabeer Rifaiee Hamzah memberitahu Utusan Malaysia hari ini, beberapa aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masih tiada tindakan susulan dilakukan.

Menurut beliau, penghuni pangsapuri berkenaan amat berharap agar pihak berkuasa terutama sekali Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MP AJ) dapat melihat dan bertindak serius terhadap masalah berkenaan.

"Sebenarnya banyak lagi masalah lain yang terpaksa dihadapi oleh 1,920 keluarga di enam blok Pangsapuri Seri Nilam setinggi 17 tingkat ini yang perIu mendapat perhatian serius PBT.

"Antaranya ialah penduduk memiliki sijil layak menduduki sementara yang telah tamat tempoh (CF) sejak 24 Ogos 2003, kecurian, sistem pembuangan sampah dan kemudahan pili bomba yang tidak sempurna," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Bendahari Persatuan Penduduk Seri Nilam berharap segala masalah tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin, demi keselesaan penduduk.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.