This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lubuk bahaya projek terbengkalai

16/02/2006 Kosmo

HULU KLANG - Menyemakkan mata dan bahaya!

Demikian keadaan projek Ukay Perdana Spring Ville yang terbengkalai sejak dua tahun lalu sehingga merimaskan para penduduk sekitar.

Tinjauan KOSMO! kelmarin setelah menerima aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mendapati projek tersebut mencacatkan pemandangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk di situ.

Pelbagai bahan binaan seperti kayu, besi dan konkrit ditinggalkan pemaju begitu sahaja. Ia bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi turut mendatang bahaya jika bahan binaan yang diletakkan di bahagian atas bangunan terbengkalai itu jatuh.

Menurut seorang penduduk, Suhaimi Ahmad, 33, Ukay Perdana kini sedang membangun dan ramai yang menduduki kawasan perumahan di situ.

"Apa yang saya khuatir, banyak keluarga yang mempunyai anak-anak kecil di sini."

"Takut kalau-kalau mereka memasuki tapak terbengkalai dan membahayakan keselamatan mereka kerana di situ banyak besi dan kayu serta binaan konkrit yang ditinggal," katanya.

Jelasnya, jika tirnbunan kayu, besi atau konkrit yang diletakkan di bahagian atas bangunan jatuh, dikhuatiri ia mendatangkan kecederaan kepada pihak yang ada di bawahnya.

Seorang lagi penduduk, Siti Hamidah Sheffie, 24, berkata, dia bimbang sekiranya projek terbengkalai itu dijadikan sarang penagih dadah.

"Bukan sahaja ia menggalakkan aktiviti tidak bermoral di kawasan itu, malah turut mengundang bahaya kepada mereka yang pulang lewat setelah pekerja," katanya.

Bagi P. Balan, 25, keadaan projek terbengkalai yang dipenuhi dengan bahan-bahan pembinaan mencacatkan pemandangan di situ.

"Nyamuk juga semakin banyak dan kemungkinan ia boleh membiak nyamuk aedes," tambahnya.

Mohd. Hafiz Yaakub, 21, pula berharap pihak berkuasa segera bertindak seperti membersihkan kawasan itu sebelum sesuatu perkara tidak diingini berlaku di kawasan itu.

"Jangan dah berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini baru nak bertindak," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.