This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Akta PBT tak rela bela pembeli
Harian Metro 13/2/2006 Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dicadang mengenakan hukuman penjara enam bulan kepada mana-mana pemaju perumahan yang didapati gagal mematuhi peraturan dan tuntutan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata hukuman penjara itu patut dikenakan terhadap pemaju perumahan kerana peraturan sedia ada, termasuk akta PBT gagal membela nasib pembeli sekali gus menyukarkan kerajaan negeri mengambil tindakan udang-undang yang sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kementerian terbabit supaya mengkaji semula Akta PBT.

Beliau berkata, sekiranya akta berkenaan dapat dipinda, ia membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang kerana sebelum ini mereka gagal mengheret pemaju bermasalah kemuka pengadilan.

“Hari ini, rakyat lebih terdorong untuk menuding jari kepada kerajaan sekiranya kawasan perumahan mereka menghadapi masalah, termasuk gagal mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada pemaju.

“Bukan kerajaan tidak mahu bertindak, tetapi tidak mempunyai undang-undang khas untuk mengheret pemaju bermasalah ke muka pengadilan. Bagaimanapun, tugas PBT sebagai orang tengah akan memastikan penduduk mendapat hak dan keselamatan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Belia Prihatin, Belia Benci Dadah dan Jamuan Belia Bersama Rakyat di Kawasan Perumahan Awam Sri Perlis 2, Keramat, Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Wong Kok Ken, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz, Naib Ketua Pemuda Umno Negeri merangkap Ketua Pemuda Umno Titiwangsa, Ahmad Zuhri Datuk Idris.

Program anjuran bersama Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Belia 4B Keramat Jaya itu bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan generasi muda supaya membenci dadah, selain menganjurkan pameran kesihatan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.