This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Akta pembangunan Perumahan dikaji

 05/02/2006 Berita Harian


PULAU PINANG 4 Feb. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji semula Akta Pembangunan Perumahan yang mula dilaksanakan pada tahun 2002 bagi memastikan ia lebih sempurna dan berkesan.

Menterinya Datuk Seri Ong Ka Ting berkata akta itu yang telah menggantikan Akta Pemaju Perumahan Kawalan dan Pelesenan) 1966 berkuatkuasa 1 Dis 2002 akan dibincangkan pada mesyuarat kabinet akan datang untuk dilakukan pindaan.

"Kementerian merasakan ada juga beberapa perkara yang perlu dipinda lagi di dalam akta ini dan juga boleh diperbetulkan termasuk beberapa perubahan yang positif akan diputuskan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Wad Paediatrik Pusat Rawatan Gleneagles di sini hari ini.

Mengulas mengenai kes penduduk di sebuah taman perumahan di Selayang,Selangor yang mendakwa diberikan kunci menduduki rumah sebelum memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF), Ong berkata kementeriannya akan menyiasat kes itu.

Katanya mungkin proses perjanjian pembinaan kawasan perumahan itu mengikuti akta yang lama (Akta Pemaju Perumahan) iaitu sebelum 1 Dis 2002, kerana mengikut Akta Pembangunan

Perumahan, pemaju tidak boleh menyerahkan kunci rumah tanpa memperolehi CF daripada pihak berkuasa tempatan.

Ong berkata jika siasatan mendapati pemaju terbabit menyalahi akta itu dan mengambil jalan mudah dengan bertindak sedemikian, kementeriannya tidak teragak-agak untuk menyenaraikan pemaju terbabit dan mengawal selia projek-projek pembinaannya yang lain.

Terdahulu, Ong dan isteri, Datin Seri Wendy Ong memberikan angpau dan buah limau kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pusat rawatan itu.

Kira-kira 30 kanak-kanak kurang upaya dan menghidap penyakit jantung diraikan pada majlis itu. - Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.