This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

500 dakwa ditipu pemaju

Berita Harian 10/2/2006

KUALA LUMPUR: Lebih 500 pembeli di dua taman perumahan di Sungai Buloh dan Semenyih di Selangor, semalam membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu pemaju, sekali gus melanggar syarat perjanjian jual beli (S&P).

Mereka mendakwa pemaju menyerahkan kunci kepada pembeli tanpa menyediakan prasarana bekalan air sempurna seperti diluluskan Syarikat Urus Air Selangor (Syabas)

Pembeli juga mendakwa terpaksa membayar deposit elektrik dan air RM300 seorang, iaitu syarat untuk mendapatkan kunci rumah tetapi kemudahan itu tidak disediakan.

Laporan dibuat menerusi Pengerusi Penduduk Bandar Rinching Fasa 3A Seksyen 5, Zubaidah Ahmad, dan wakil penduduk Taman Desa Kundang, Jefri MoM Kasim, masing-masing di Balai Polis Semenyih dan Balai Polis Kundang.

Turut berada di balai polis ialah Pengerusi Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datin Paduka Alinah Ahmad.

Lembaga itu membantu pembeli rumah yang menghadapi masalah, termasuk membawa kes pemaju projek terbengkalai ke mahkamah, mengadakan pendekatan terbaik terhadap syarikat yang ada kuasa pentadbiran harta milik atau syarikat yang muflis, memulihkan projek terbengkalai dan melaksanakan langkah pencegahan.

LPHS juga menubuhkan Unit Khidmat Guaman bagi membantu pembeli yang berpendapatan kurang RM5,000 dan dikenakan yuran RM100 bagi setiap kes.

Sesetengah penduduk di Taman Desa Kundang kini mendapat bekalan air daripada perigi yang ditinggalkan pekerja binaan dan mengangkut air dari kawasan lain. Penduduk Bandar Rinching Fasa 3A pula dibekalkan air yang sepatutnya digunakan untuk projek itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.