This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah CF bakal selesai
Harian Metro 29/11/2006 Oleh Manan Samad

PUTRAJAYA: Masalah kelewatan mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) yang membelenggu ramai pembeli hartanah terutama rumah kediaman dijangka selesai pada pertengahan 2008 selepas Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dilaksanakan di seluruh negara.

Ini kerana, Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan semalam memutuskan tiga kementerian akan membentangkan rang undang-undang, meminda lima akta sedia ada dan satu undang-undang kecil dalam sesi Parlimen bulan depan bagi membolehkan sistem CCC dilaksanakan sepenuhnya.

Antara akta dipinda ialah Akta Parit, Jalan dan Bangunan, Akta Pemajuan Perumahan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Akta Arkitek 1967 dan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (pindaan 2002), di bawah Kementerian Kerja Raya serta Akta Hak Milik Strata 1985 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata CCC berkuat kuasa seawal-awalnya dalam 18 bulan selepas semua akta itu diluluskan Parlimen dan ditandatangani Yang di-Pertuan Agong serta diwartakan Jabatan Peguam Negara.

“Untuk melaksanakan dengan berkesan, kerajaan negeri diingatkan supaya semua syarat bukan teknikal seperti kuota Bumiputera dan kuota rumah kos rendah diputuskan sebelum pelan bangunan diluluskan.

“Ini supaya tidak dikaitkan CCC dengan aspek bukan teknikal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaaan mengenai Kerajaan Tempatan ke-56, semalam.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Bagaimanapun, kata Najib, sistem CF boleh digunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi projek yang diluluskan dalam tempoh menunggu tarikh undang-undang itu diwartakan, selain projek terbengkalai.

Mengikut sistem CCC, PBT berkuasa meluluskan pelan bangunan manakala CCC dikeluarkan arkitek atau jurutera profesional selepas bangunan itu siap dan selamat didiami.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.