This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

'Tolong siapkan rumah kami'
 02/01/2006 Kosmo

SEPANG - Cerita projek perumahan terbengkalai bukan perkara baru dan ia sering didedahkan melalui media.

Pelbagai usaha penyelesaian di ambil selama ini ibarat penyelesaian sementara dan akibatnya para pembeli terus merana.

Nasib serupa dialami pembeli rumah kos sederhana di Taman Kenanga, Bandar Baru Salak Tinggi yang terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.

KOSMO! difahamkan, seramai 4,000 pembeli menanggung sengsara apabila projek perumahan yang melibatkan enam rasa, hanya menampakkan struktur konkrit dan tiang tanpa dinding dan bumbung.

Akibat terlalu lama terbiar, kawasan berkenaan dipenuhi semak samun.

Buntu dengan keadaan itu, seorang pembeli, Ahmad Nawawi Abd. Rahman Shafawi, 36, menghantar aduan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada KOSMO! baru-baru ini.

Pekerja kilang elektronik di Bangi itu memberitahu, setiap unit rumah berkenaan dijual dengan harga RM89,600.

Menurutnya, projek perumahan itu sepatutnya siap pada tahun 2000 berdasarkan perjanjian dengan pemaju, Syarikat Perumahan Kumpulan Sepang Utama.

"Kami beli rumah di situ sejak tahun 1998 dan mengikut perjanjian, rumah itu boleh didiami dua tahun dari tarikh perjanjian jual beli," katanya.

Seorang lagi pembeli, Mohd. Nor Abd. Wahid, 36, memberitahu, hampir semua fasa perumahan itu terbengkalai kecuali rumah berkembar rasa pertama yang telah siap.

Mereka pernah mengadu perkara itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagaimanapun dimaklumkan projek perumahan itu merupakan salah satu projek terbengkalai yang terbesar di Selangor.

"Kami sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan dan tidak tahu lagi kepada siapa boleh merujuk masalah ini.

"Saya amat sedih bila anak dan isteri bertanya, bila boleh kami sekeluarga berpindah ke rumah baru," katanya, kesal.

Mohammed Bakar, 38, pula rasa teraniaya kerana terpaksa membayar kaedah dan pinjaman bank setiap bulan.

Lebih menyedihkan, ada rakannya yang disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar faedah yang dikenakan.

"Saya terpaksa membayar batik Pinjaman sebanyak RM710 sebulan selain rumah sewa sekarang dengan bayaran bulanan RM400. Keadaan Ini memang membebankan sedangkan saya hanya pekerja kilang.

"Bayaran ini tidak berbaloi kerana rumah yang diidamkan masih belum siap. Sampai bila nasib kami harus jadi begini," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.