This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tanah runtuh: Enam rumah ranap
Kosmo 7/1/2006

IPOH - Musim hujan yang berterusan dipercayai menjadi punca kepada enam buah rumah teres dua tingkat yang runtuh secara tiba-tiba di Taman Pusing Indah, kira-kira 30 kilometer dari sini, pukul 4 petang semalam.

Tidak ada mangsa yang cedera atau terperangkap dalam kejadian itu kerana  semua penghuninya belum pulang dari tempat kerja masing-masing.

Bagaimanapun semua harta benda rosak kerana runtuhan tanah itu telah memusnahkan sama sekali rumah terbabit.

Dalam pada itu, perhubungan ke kawasan bekernaan juga terputus apabila beberapa batang jalan menghala ke kawasan itu turut merekah mendap.

Kerja-kerja mengalihkan runtuhan tanah itu turut tergendala berikutan masalah itu dan hujan lebat yang belum reda.

Kebanyakan rumah yang ranap itu membabitkan dua barisan rumah di bahagian hujung taman berkenaan terletak di kawasan tebing bukit yang curam.

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku dalam jangka masa dua hingga tiga minit sahaja.

"Kejadian ini mungkin disebabkan keadaan muka bumi sekitarnya yang lembap disebabkan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu sehinggalah ke hari ini," katanya.

Seorang jurucakap Jabatan Mineral dan Geologi berkata, kejadian tanah runtuh di kawasan itu mengkin akan berlaku lagi sekiranya hujan terus turun dan akan mengakibatkan kemusnahan harta-benda yang lebih besar.

Sementara itu, sepasukan enam anggota bomba turut dikejar ke tempat kejadian untuk membantu penduduk berhampiran.

Semua penduduk berhampiran telah mengosongkan rumah mereka dan berpindah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.