This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Taman Serosa perlu sokongan pembeli

Utusan Malaysia 4/1/2006

KAJANG 3 Jan. - Beberapa pembeli rumah terbengkalai di Taman Serosa di sini menggesa 108 rakan pembeli di situ supaya tampil untuk menandatangani surat perjanjian dengan pemaju baru yang bersetuju bagi meneruskan projek tersebut sebelum 15 Januari ini.

Projek perumahan di tanah seluas kira-kira 3.15 hektar itu dimulakan pada Disember 1998 merangkumi 240 rumah kos sederhana, 63 unit teres dua tingkat dan 110 unit rumah kos rendah.

Daripada 413 unit kediaman di situ, 108 daripadanya telah dijual kepada pembeli yang  menandatangani perjanjian antara tempoh 1998 hingga 2000.

Projek yang dijangka siap pada 2001 itu bagaimanapun terus terbengkalai sehingga kini malah  sebahagiannya langsung tidak sempat dibina.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yang jugak pembeli unit teres berkenaan, Hussin Saimin,  39, berkata, selepas mendapati pihak pemaju Serosa Resources Sdn. Bhd. gagal menepati janji, pelbagai usaha telah dibuat bersama pembeli untuk meneruskan projek ini.

"Hasilnya, mahkamah telah memutuskan dengan melantik pemaju baru, Cahaya Maha Gaya Sdn. Bhd. untuk menyiapkan projek ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, Cahaya Maha Gaya telah menetapkan syarat, perlu menandatangani sekurang-kurangnya 75 peratus persetujuan pembeli tersebut untuk menandatangani surat perjanjian baru.

"Setakat ini, kira-kira 60 peratus pembeli telah tampil dan pemaju perlukan sekurang-kurangnya 15 tandatangan lagi sebelum projek ini boleh dimulakan," katanya.

Justeru beliau berharap pembeli berkenaan dapat tampil dengan segera, kerana pemaju hanya perlukan tandatangan mereka sebelum memulakan semula projek tersebut.

"Pembeli berkenaan boleh menghubungi saya (Hussin) menerusi telefon 012-6530807 atau 019-3635867 (Zuraidah Othman) dengan segera untuk keterangan lanjut," katanya.

Sementara itu seorang pembeli unit kos rendah, Abu Bakar Awaludin, 50, berkata rumahnya yang dibeli pada 1998 bukan sahaja terbengkalai, tetapi juga unitnya 'bertindih' pemilik apabila ia turut dijual kepada pembeli lain pada tahun 2000.

"Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku tetapi akan selesaikan perkara ini kerana saya telah menghabiskan sebanyak RM15,750 untuk pelbagai urusan," katanya.

Seorang juruteknik, Yusalini Alias, 33, berkata, beliau gembira kerana pelaburannya sebanyak RM15,000 tidak sia-sia apabila pemaju baru akan meneruskan projek perumahan terbengkalai itu.

"Saya lega, tetapi berharap lebih ramai pembeli terlibat supaya dapat tampil bagi menandatangani perjanjian baru agar projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Tambahnya, pemaju baru menetapkan pembeli supaya membayar peratusan hutang yang belum dibayar dan menyerap bayaran yang telah dijelaskan kepada pemaju terdahulu.

"Saya hanya perlu menjelaskan hutang lagi 80 peratus kerana telah menjelaskan deposit 20 peratus yang pada pemaju sebelum ini," katanya.

Para pembeli berkenaan turut membuat aduan kepada Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon
di Dewan Sebaguna Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) semalam bagi menggesa rakan pembeli lain
agar tampil menyokong usaha memulihkan projek rumah terbengkalai itu.

Menurut Pian Hon, projek itu kini hanya perlu memenuhi syarat yang ditetapkan pemaju sebelum ini menjual rumah teres dua tingkat di situ pada berharga RM35,000 seunit bagi rumah kos rendah dan RM98,000 seunit untuk rumah kos sederhana.

Seorang pembeli, Amri Khaidir, 35, berkata, beliau kecewa ekoran rumah terbengkalai itu  mengakibatkan terpaksa membayar sebanyak RM700 bagi menyewa rumah lain.

"Pemaju menjanjikan rumah kami akan siap dalam tempoh dua tahun, dan untuk tempoh itu saya telah membayar bayaran faedah sebanyak RM700 sebulan selama dua tahun.

"Sekarang jumlah faedah yang tertunggak sebanyak RM23,000 dan ini amat menyukarkan saya untuk berurusan dengan pihak bank," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.