This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah tak selamat
Harian Metro 14/01/2006


CHERAS: Penduduk Taman Bukit Pandan, di sini, diancam maut berikutan beberapa kejadian tanah runtuh yang menyebabkan rumah mereka dihempap batu seberat 100 kilogram, termasuk insiden terbaru kira-kira jam 7 malam tadi.

Bagaimanapun, ketika itu penduduk tiada di rumah kerana diarahkan berpindah ke sebuah hotel berhampiran selepas kawasan berkenaan dipercayai tidak selamat didiami.

Seorang penduduk yang belum dipindahkan, Lee Hock Chuan, 48, berkata dia terkejut mendengar dentuman kuat di belakang rumah jirannya di Jalan Bukit Pandan 3, taman berkenaan.

Menurutnya, sebaik membuat pemeriksaan, beliau mendapati empat batu besar menghempap bahagian belakang dua rumah teres dua tingkat di situ, menyebabkan dinding serta pintu dapurnya rosak teruk.

“Ketika kejadian tiada penghuni di rumah itu kerana mereka diarahkan berpindah sejak kejadian tanah runtuh pada 5 Januari lalu.

“Setakat ini, tujuh keluarga diarahkan berpindah ke sebuah hotel berhampiran kerana kawasan perumahan ini tidak selamat didiami lagi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Lee berkata, penduduk kini dalam ketakutan akibat dua kejadian tanah runtuh yang berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Anggota Parlimen Ampang Jaya, Teng Tien Meng, berkata pihaknya meminta polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memantau tempat kejadian.

“Pihak berkuasa sudah menutup jalan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.